BIORICE IMPIAN BERSAMA
  • To go fast, go alone. To go far and achieve extraordinary, work in a team with a mentor.

  • Winners never stop trying, and those who stop trying will never be winners. Do your best!

PELUANG PERNIAGAAN

Semua orang mempunyai impian yang ingin dicapai. Hidup pula menjadi lebih indah sekiranya impian menjadi realiti serta memberikan manfaat kepada diri sendiri dan keluarga tersayang. Di BIORICE, impian anda untuk memiliki masa depan yang cerah bermula di sini dan pada saat ini. Kami adalah bukti kejayaan kami sendiri. Ramai usahawan kami yang berpuas hati kini berkongsi kegembiraan tersebut dengan keluarga tersayang. Mereka berasa seronok kerana mempunyai lebih banyak masa lapang dan waktu kerja yang fleksibel selain berpeluang menentukan hala tuju perniagaan dan menikmati kebebasan semasa memburu kejayaan.

KENAPA BIORICE?

Semangat kerjasama yang mantap dalam kumpulan usahawan menjadi pendorong utama kejayaan mereka. Kejayaan sesebuah kumpulan banyak bergantung kepada keberkesanan kepimpinan kumpulan dan keakraban ahli kumpulan. Ramai usahawan yang menjadikan BIORICE sebagai kerjaya pilihan selain berjaya meningkatkan taraf ekonomi keluarga.

SYARIKAT YANG MEMBINA INSAN

Di BIORICE, kami bukan sahaja membina perniagaan, kami turut membina insan yang lebih luar biasa. Budaya yang diamalkan ini menjadi kebanggaan kami yang menganggap usahawan umpama keluarga sendiri. Maklumat, kemahiran dan pengetahuan terkini dikongsi bersama-sama usahawan untuk membaiki dan mengubah kehidupan usahawan daripada biasa menjadi luarbiasa. Kami berusaha untuk menjadi penyebab dan pendorong supaya usahawan mengubah kehidupan dengan membina network yang besar, persefahaman sesama teman seperjuangan dan keluarga bahagia.

GANJARAN & INSENTIF YANG BOLEH DIWARISI

Di BIORICE, kami menghargai kejayaan anda. Setiap kejayaan dan pencapaian diraikan dan diberi ganjaran supaya menjadi pendorong kejayaan seterusnya serta tersemat sebagai memori indah untuk anda dan keluarga. Dapatkan ganjaran dengan bonus yang dibayar tepat pada masanya dan insentif pelancongan yang menarik untuk usahawan yang layak.

MULAKAN KERJAYA ANDA BERSAMA BIORICE HARI INI!